top of page

Sekalung Budi

 

Alhamdulillah. Satu ungkapan tak ternilai buat saya apabila buat pertama kalinya dapat mengungkapkan kata-kata untuk merakamkan segala kejayaan dan segala aktiviti sekolah sepanjang tahun 2018. Tahniah diucapkan. Dengan kurnia dan izin Allah SWT juga, saya dapat menjejakkan kaki ke sekolah ini sebagai penjaga amanah terbesar dalam memandu dan memajukan kecemerlangan sekolah dengan upaya dan kerjasama semua guru yang berdedikasi dan komited dengan tugas yang diberi.

Dalam usia sekolah menjangkau ke-30 tahun, sudah pastinya kita sentiasa berharap dan berusaha memajukan nama baik sekolah saban tahun. Usaha yang tidak pernah jemu, kesungguhan dan daya saing yang tinggi dapat membantu melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam sistem pendidikan negara, seperti membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran sekolah.

Sepanjang tahun 2015, beberapa kejayaan telah dilakar pada peringkat negeri mahupun daerah. Saya mengharapkan usaha para guru dan pelajar untuk meningkatkan usaha dan langkah untuk pertandingan ke peringkat lebih besar seperti Bahasa Berirama, Sahibba, Forum Remaja, Bahas Ala Parlimen, Pidato, Pesta Pantun dan lain-lain.

Sesungguhnya, bukan sekadar semangat penyertaan yang diharapkan pada setiap pertandingan yang dianjurkan, namun usaha para guru dan upaya peserta sudah cukup membuktikan kesungguhan dan ukuran kejayaan buat sekolah. Usaha mereka amat dihargai dan semoga dapat meneruskan kecemerlangan dalam semua bidang termasuk akademik, kokurikulum dan sebagainya.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru, pihak pentadbir dan anak-anak didik SMK Ayer Hangat yang banyak menyokong saya serta menyumbang tenaga dan bakti secara langsung mahupun tidak langsung dalam meningkatkan imej dan kejayaan sekolah sekali gus dapat merealisasikan penerbitan majalah ini.          

 

 

YANG BERBAHAGIA

MOHAMAD FISOL B. MOHD SALLEH

PENGETUA  SMK AYER HANGAT

bottom of page