top of page

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula diasaskan pada Januari 1986. Terdiri daripada tiga bilik darjah dan sebuah pejabat dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad. Sesi pengajian dijalankan pada sebelah petang. Pada pertengahan tahun 1988, sebuah bangunan lima bilik darjah siap dibina. Bangunan ini digunakan sebagai bilik darjah (tiga bilik), bilik guru (satu bilik) dan Makmal Sains (satu bilik). Akhir tahun 1989, sebuah lagi bangunan siap dibina. Bangunan ini menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup (dua bilik), Pusat Sumber (satu bilik) dan surau (satu bilik).

Menjelang tahun 1992, Kerajaan Persekutuan telah membeli tanah seluas 18 ekar di Padang Ragut bernilai RM 900,000.00 sebagai tapak baru SMKAH. Bagaimanapun, projek yang bernilai RM 4.78 juta hasil pinjaman Bank Dunia telah tergendala kerana masalah setinggan di tapak projek tersebut. Bagi  menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pendidikan Kedah telah membina sebuah lagi bangunan mengandungi tiga bilik darjah dan siap pada akhir tahun 1993.

Tender projek SMKAH telah dikeluarkan pada 12 Mei 1994. Projek mula dilaksanakan pada 19 Disember 1994 oleh Kontraktor Konsortium Indera Sdn. Bhd. Dari Perlis. Alhamdulillah, bangunan sekolah baru dapat diduduki sepenuhnya pada akhir tahun 1996.

bottom of page