
LENCANA SEKOLAH
-
Bulan Sabit Merah melambangkan agama Islam menjadi tunjang semasa proses pengilmuan dan aktiviti di sekolah ini.
-
Molekul melambangkan aspek Sains dan Teknologi diutamakan di sekolah ini
-
Dua tangkai padi melambangkan negeri Kedah dan semangat keilmuan berteraskan konsep padi “Semakin Tunduk Semakin Berisi”.
-
Buku yang terbuka melambangkan sumber ilmu yang mencakupi pelbagai bidang yang diajar.
-
4 gelung kuning melambangkan rumah sukan di sekolah. Setiap aktiviti di sekolah adalah berasaskan rumah sukan. Gelung ungu melambangkan Majlis Sukan Sekolah.
-
Bentuk bujur berwarna biru melambangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan segala motif kurikulum dan kokurikulum dalam kawasan ini diseimbangkan untuk melambangkan kehendak FPK yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
-
Gelung bulat melambangkan kokurikulum dan sukan di sekolah.
-
Warna kuning melambangkan ketaatan warga sekolah kepada Raja dan Negara.
-
Warna ungu adalah warna utama sekolah.
-
Moto Sekolah : “Berwatak Kemas dan Beradab”.